Pages

RSS

Majlis Ilmu bersama Ybhg Dato' Dr Fatma El-Zahraa

Majlis Ilmu bersama Ybhg Dato' Dr Fatma El-Zahraa
10 Julai di Surau Muhajirin Muhammad, Taman Damansara Aliff, JB

Tajuk : Muhasabah

SMM telah mula menerima kehadiran para muslimah sejak sebelum maghrib untuk mengikuti majlis ilmu yang disebut oleh baginda Rasulullah sebagai satu taman daripada taman-taman syurga. Sesungguhnya para malaikat akan merahmati dan memohonkan keampunan setiap orang yang hadir dalam majlis ilmu hatta burung dan unggas di daratan dan ikan-ikan di lautan. disebut juga dlm hadith yang lain menyebut
"barangsiapa yang berusaha dalam pencarian ilmu Allah akan membukan baginya jalan ke syurga"


Untuk renungan kita bersama.

Sekiranya kita melalui satu-satu majlis ilmu hendaklah kita tunggu hinga selesai.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Surat Ar-Ra`d Ayat 28

Banyakkanlah membaca al-quran kerana sesungguhnya al-quran akan datang pada hari qiamat memberikan syafaat kepada pembacanya.


Amalkanlah 10 perkara jika diamalkan akan menghalang sepuluh perkara:

1) Surah almulk setiap hari sebelum tidur - menyelamatkan daripada azab kubur

2) Surah al-waqiah - tidak akan menjadi fakir selama-lamanya.

3) Surah al-ikhlas - akan mustajab permintaan kita

4 & 5) Surah al-falaq dan an-nas - Allah akan memelihara pembacanya daripada gangguan jin dan manusia. Sebelum tidur bacalah surah ini insya allah Allah pelihara kita daripada segala gangguan.

6) Yaasin - Allah akan ampunkan daripada dosa yang terdahulu.

7) 2 ayat terakhir daripada surah at-taubah:128-129
Barangsiapa yang mengamalkannya yang lemah akan kuat, yang sedih akan gembira... cubalah. Amalkan setiap kali selesai solat 7 kali x 5 = 35 kali.

8) ayatul kursiy

9) Surah ad-dukhan - dibaca pada malam atau siang hari jumaat, 70 ribu malaikat akan memeliharanya.

10) Surah al-kahfi - barangsiapa membacanya akan ditambah nur padanya, dan tidak akan diganggu oleh dajjal .


Dan terakhir yang dapat saya titip dalam majlis tersebut untuk dikongsi dengan semua sahabat ialah 6 ciri orang mukmin yang berjaya sebagaimana telah dirakamkan oleh Allah dalam Surat Al-Mu'minūn ayat 1-9, Yang ni jom kita bukak al-quran.. Awal juz 18, m/s : 342.

Marilah kita berusaha membacanya dan memahami setiap ayat insya allah, Allah pasti memberi kita petunjuk ke jalannya. Allah tidak pernah sekali-kali, menghampakan hambanya.

Peristiwa isra' dan mi'raj mengingatkan kita untuk terus beriltizam agar solat kite akan menemui Allah dan diterima olehNya. oleh itu kenalah jaga solat kita, biar khusyu' gitu..

Ybhg Ust Dato' sempat menitipkan beberapa perkara untuk mendapatkan solat yang khusyu':

1) Pakaian hendaklah bersih dan tiada gambar-gambar yang boleh mengundang kite drp berangan...
2) Baca ta'awuz 3 kali ludah ke kiri... jgn ludah member sebelah pulak beb!
3) Jawab azan dan iqamat
4) anggaplah mungkin ini solat kita yang terakhir.. esok belum tentu kita akan mengerjakan solat lagi. Bila solat tu, pliz nobody disturb kite.. tv, radio. anak, suami etc
5) dan yang terakhir tolonglah jaga solat kita, jangan dilewat-lewatkan solat.


Majlis berakhir jam 11.00 malam. Terima kasih kepada ust Dato', barisan penaja, barisan AJK Muslimah, AJK Surau Muhajirin Muhammad, Tmn Damansara Aliff dan semua yang hadir. Jazakumullah khairan kathira.


Marilah kita terus berusaha dan berdoa agar Allah akan terus membimbing kita dan membuka pintu hidayahnya. Ameen.

Untuk makluman Ust Dato' Dr Fatma El-Zahraa akan berada di Masjid wadi Hassan pd 1 Ogos 2010 jam 2.00 petang. Jumpa lagi di lain majlis ilmu.


Lapuran oleh:
Khamsah Mohajir
Setiausaha
Muslimah Damansara Aliff 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS