Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah sebagai sessi pemanasan zahiriah dan pemantapan rohani menyambut Ramadhan al-mubarak..bersama kita memakmurkan rumah Allah malam ini untuk majlis Iktikaf / Qiamulail / Qunut Nazillah.
Tarikh : 23 Julai 2010 bersamaan malam ke 12 Syaaban 1431H
Aktiviti :
- 11.00 malam : check in ke SMM. Persiapan iktikaf (solat sunat / mentaddabur Al-Quranul Karim / Zikrullah
- 12.00 malam : tidur
- 3.30 pagi : Solat Tahajud 4 @ 8 rakaat / munajat
- 5.45 pagi : Solat Subuh & Qunut Nazillah & Tazkirah
- 7.00 pagi : Bersarapan pagi di ZZ (kos sendiri).
Dijemput khususnya muslimin / jemaah lelaki untuk bersama di dalam satu majlis yang penuh hikmah dan keberkatannya.
Firman ALLAH Ta'ala:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Al - Isra' (79).
Di dalam surah Surat Adh-Dhāriyāt (51:18) ALLAH memberi sanjungan yang tinggi kepada amlan-amalan orang-orang yang bertaqwa yang mendapat balasan syurga, di antara amalan itu ialah mereka yang banyak melakukan ibadat sembahyang di waktu malam dan memohon keampunan di saat-saat dinihari.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal salih); mereka sentiasa berdo ‘a kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalupula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.) Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis ni’mat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi ‘amal-’amal salih yang mereka telah kerjakan. Surat As-Sajdah Ayat 16 & Ayat 17
Malam itu penuh ketenangan dan keheningan. Di ke heningan sebegitu hati sangat bersih dan penuh tumpuan. Ketika itu manusia sedang lena dalam tidurnya, dalam suasana seperti itu kita dapat menjauhi riya’. Malam adalah saat yang paling tepat untuk bersunyi-sunyian di samping Allah. Pada waktu itu ada ruang menghampirkan diri kepadaNya, merasakan kemesraan dan bermunajat kepadaNya. Solat adalah bekal, apabila ia dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin menambah bekal.
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dan waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. Surat Al-'Insān: Ayat 26)
Orang-orang yang berkecimpung di medan da’wah lebih memerlukan qiyamullail, kerana ia boleh menambah bekalan yang melimpah ruah. Sebab itulah pada saat permulaan da’wah Allah menganjurkan RasulNya untuk melakukan qiyamullail, agar ia bersedia menerima amanah da’wah yang amat berat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalahal-Qur’an dengan “Tartil”.) Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ‘ibadatyang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Qur’an yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Surat Al-Muzzammil Ayat 1-6)
- Hendaklah kamu dirikan sembahyang malam walaupun satu rakaat.
- Apabila seseorang dari kamu sembahyang malam, kemudian bacaan al-Qur'an menjadi asing bagi lidahnya kerana mengantuk hingga ia tidak tahu apa yang dibacakannya, maka hendaklah ia tidur dulu.
- Buatlah amalan-amalan itu sekadar kuasamu kerana ALLAH itu tidak jemu hingga kamu jemu.