RINGKAS
Dimaklumkan salah seorang saudara kita En. Eunosasah, baru-baru ini telah menadapat serangan jantung, dan mendapat bantuan kecemasan yang cepat dari tetangga kita Dr. Hardi dan Encik Zul serta jiran di Jln Aliff Harmoni 3/4 dan di bawa ke HSA JB. pada malam tersebut kemudian keesokan harinya dipindahkan ke Hospital Besar Singapura SGH, Sekarang keadaannya beransur pulih dan tinggal sementara di rumah abangnya di Singapura, di Blk 603 Yishun Street 61, #02-347, berdekatan dengan Khatib MRT, untuk mendapat rawatan lanjut.
Keluarganya di sini, Isteri NORA, dan anak-anak menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat membantu suaminya pada malam kecemasan tersebut, Rabu malam, 9 Disember 2009. Semoga Allah jua yang membalas segala budi dan jasa mereka. AMIN!
Sesungguhnya keluarga En. Eunosasah dan Pn Nora mengharapkan doa restu anda warga TDA bagi kesejahteraannya. Aminn. Wassalam.
Dari Pengerusi & AJK TDA
SMM - TDA.