SALAM UNTUK SEMUA
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431
Alhamdulillah!, Kita masih diberi waktu untuk bersua kembali di tahun baru Hijriah 1431 ini.
Kita juga turut merasakan betapa KebesaranNYA, Allahu Rabbi Izinkan Kita Menghadap MU.
Bersamalah kita berdoa, bersujud syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita berbagai nikmat yang dapat kita kecapi sepanjang hidup kita di maya pada ini.
Begitupun, segala nikmat kesejahteraan, kesihatan, rezki yang melimpah ruah, dapat beramal dengan sempurna, dapat menghidu udara yang nyaman dan menjalani kehidupan yang selesa. AMIN Ya Rabbal 'Alamin.!!
Kepada semua warga Muslimin dan Muslimah, kami bagi pihak seluruh Anggota Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbir Surau Muhajirin Muhammad (SMM), menghulur Salam Kesejahteraan dan Selamat menyambut Maal Hijriah, 1431 ini.
Semoga Warga Muslimin dan Muslimah Taman Damansara Aliff yang kita sayangi ini mendapat rahmat dan limpah kurnia dariNYA dengan penuh keberkatan dan keredhaan dariNYA jua.
Kami juga mengharapkan agar setiap dari warga TDA ini akan lebih peka akan keadaan Surau Muhajirin Muhammad yang kita sayangi ini.
Di samping kita terus memberikan komitmen kita yang berterusan dari masa ke masa dengan segala kemampuan yang ada pada diri setiap dari warga TDA .
SMM dari masa ke masa amat memerlukan sumbangan derma anda dan juga tenaga kerja yang berterusan. Dari itu marilah kita sama-sama menggembelng tenaga bagi mengimarahkan lagi surau Muhajirin Muhammad yang menjadi kebanggaan kita semua warga TDA.
Semoga Allah jua yang membalas segala budi dan jasa serta sumbangan tenaga dan wang ringgit yang anda semua laburkan di SMM hanya kerana Allah semata.
Di samping ia menjadi tugas yang terpikul di pundak kita setiap dari warga TDA itu sendiri yang ingin melihat agar perlaksanaan dan keimarahan SMM ini menjadi kenyataan.
Akhir kata marilah kita turut bersama-sama membina kesepakatan yang erat dan saling membantu dalam usaha ini. Semoga SMM TDA ini akan lebih imarah dan ccmerlang dengan isian kegiatan yang selaras dengan maksud dan tujuan ibadah yang murni kepadaNYA jua.
Sekian dari kami, Wassalam!
PENGELOLA WARTASMM
bp: AJK _TDA.