Pages

RSS

Ziarah & Marhaban 17 Oct 2009

Majlis Kunjungan Marhaban 17 Oktober 2009, Sabtu 8.30 malam

Ini adalah majlis rumah kunjungan marhaban 2009 yang terakhir iaitu Zon Aliff Harmoni 3. Pada minggu sebelumnya iaitu pada 10 Oktober 2009 Sabtu 8.30 malam telah diadakan majlis yang serupa merangkumi rumah kunjungan sekitar Persiaran Aliff Harmoni dan Aliff Harmoni 2. Disusuli pula malam berikutnya iaitu 11 Oktober 2009 di kawasan Aliff Harmoni 4. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik walaupun berlarutan hingga lewat malam.

pihak Muslimah memulakan majlis marhaban terlebih dahulu di rumah Tn Hj Abd Halim/Pn Ramlah Jln AH 3/3 dan seterusnya di rumah En Arifin. Manakala pihak Muslimin memulakan majlis di rumah En Khalid/Pn Fahariah, Jln AH 3/3.

Pihak Muslimah TDA menyambung perjalanan kunjungan ke rumah En Azhar/ Pn Noreshah, Jln AH 3/1. Puan Noreshah melayan kami dengan ramahnya walaupun beliau berkemungkinan kepenatan kerana baru selesai mengadakan rumah terbuka Hari Raya pada waktu siangnya. Kami juga dijamukan dengan makanan yang lazat. Sementara pihak Muslimin sedang ber’marhaban’ di rumah En Hais/Pn Hafrizah, Jln AH 3/1. pihak Muslimah pula meneruskan majlis kunjungan ke rumah En Shahab/Pn Aida, Jln AH 3/4. Setelah selesai membaca doa, kami untuk sekelian kalinya dihidangkan oleh tuan rumah, jamuan makanan yang menyelerakan. Kuih dan buah yang terhidang banyak hanya dapat dijamah oleh kami.

Dengan langkah yang masih kuat pihak Muslimah menyambung majlis kunjungan kerumah En Eunos/Pn Nora di Jln AH 3/4 manakala pihak lelaki berkunjung kerumah En Hassim/Pn Zahara dan rumah En Rozaidi/Pn Fiza di Jln AH 3/4. Muslimah seterusnya ke rumah Dr Yuzaidi/Pn Shahraniza di Jln AH 3/4 . Walaupun tuan rumah Pn Shahraniza sedang sarat mengandung, beliau tetap melayan kami dengan cerianya dan menjamu pelbagai juadah untuk tetamu.

Jam sudah melangkaui 10 malam semasa kami mengakhiri AH 3/4 di rumah seterusnya iaitu rumah En Abd Rahim/Pn Sabidah, sementara pihak lelaki berkunjung kerumah En Zulkifli/Pn Zarashida dan En Abu/Pn Maimun. Kami bergerak pula ke lorong bersebelahan iaitu Jln AH 3/5 iaitu kerumah En Md Nor/Pn Zaliha di manakala pihak Muslimin kerumah En Zainal/Pn Mastura. Selesai sahaja bermahaban dan membaca doa di rumah Pn Zaliha, beliau menjamu kami dengan laksa johor yang dirasakan agak berat untuk mengisi perut kami yang tidak mengizinkan.


Seterusnya pihak Muslimah bergegas ke rumah Muslimah di Jln AH 2/6 yang pada mulanya tiada dalam senarai tetapi atas permintaan terakhir. Pihak lelaki pula berkunjung ke rumah En Sharudin/Pn Linda di Jln AH 3/1 dan menyambung ke rumah Pn Kamariah di No 14 yang juga atas ‘last minute request’.



Walaupun jam sudah pun menunjukkan pukul 11 lebih , pihak Muslimin dan Muslimah masih menguatkan langkah kerumah berikutnya. Muslimah meneruskan perjalanan ke rumah En Raja Zamri/Pn Suhana dan En Yusof/Pn Nor Esahrina Jln AH 3/2. Sementara pihak lelaki berkunjung ke rumah Dr Azizan/Pn Izlin. Kami masih bersemangat mengalunkan marhaban serta bersungguh membaca doa untuk kesejahteraan tuan rumah dan semua yang hadir.

Akhirnya, kami semua berada di rumah ‘host’ iaitu rumah En Abu Bakar/Pn Norma di Jln AH 3/2, rumah terakhir untuk malam terakhir kunjungan marhaban 2009. Alunan marhaban yang agak panjang dilaungkan dan dihayati oleh semua yang hadir serta disusuli dengan bacaan doa. Para tetamu yang hadir dijamu dengan juadah hari raya dan menu lain seperti sup daging merah, bakso,satay serta banyak lagi. Walaupun agak keletihan kerana sudah jauh malam, para hadirin masih berselera menikmati makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.

Semoga Majlis Marhaban ini dapat diteruskan ditahun-tahun hadapan agar silaturahim antara para penduduk TDA semakin erat. Wasalam.

Laporan oleh:
Suhana Sanusi
Bendahari Muslimah


Photos courtesy of Kak Zahara

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS