LAMBANG PERPADUAN WARGA SETAMAN MENYERLAH
SALAM untuk semua Muslimin dan Muslimah, Warga TDA.
SEJAK dari SABTU, 10 Oktober 2009 sehinggalah hari terakhir abtu, 14 Oktober 2009,
Seluruh Warga TDA, Muslimin dan Muslimah serta remaja lelaki dan wanita serta kanak-kanak begitu ceria dan gembira dalam suasana penuh mesra, mereka telah bersama-sama menyeri dan memeriahkan suasana malam Ziarah Aidilfitri dan Marhaban (ZAM) dari rumah ke rumah.
Pada keseluruhannya, majlis ZAM ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga Muslimin dan Muslimah TDA, melebihi dari tahun pertama (2008) yang dikelolakan oleh pihak AJK-SMM Taman Damansara Aliff ini. Biarpun pada malam pertama kita mengakhirinya sehingga lewat tengah malam begitu juga dengan malam terakhir yang juga berakhir hingga lewat jam 12.00 malam.
Bagaimanapun itu semua bukan menjadi penghalang kepada peserta ZAM, sekitar 65 buah rumah keluarga & tetangga warga TDA turut serta dalam projek ZAM tersebut.
Pihak penganjur, AJK-SMM merasa amat teruja dan terlalu gembira kerana bilangan peserta pada tahun ini bertambah. Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh peserta yang telah menjayakan projek ZAM 2009 yang baru berlalu itu.
Biarpun pihak penganjur masih saja menerima teguran dan komen yang baik dan membina di samping ada juga terdengar cakap-cakap belakang tabir yang kurang selesa di dengar, namun AJK - SMM sebagai penganjur merasakan itu semua adalah asam garam kepada kehidupan berjiran tetangga yang tentunya ia sebagai suatu wadah yang baik untuk menjadi iktibar, panduan serta pengajaran untuk kita perhalusi segala kelemahan dan kekurangan yang terdapat semasa menjalankan projek tersebut.
Semua itu akan menjadi keutamaan pihak penganjur untuk disemak dan teliti serta diperbaiki dari masa ke masa agar pihak penganjur akan lebih prihatin lagi dalam hal perlaksanaannya di tahun -tahun mendatang kelak.
Akhir kata, sekali lagi bagi pihak Penganjur, Pengerusi dan sekelian AJK - SMM Taman Damansara Aliff; merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh peserta dan juga kepada setiap indibidu yang secara langsung atau tidak langsung telah memainkan peranan yang amat besar dan cemerlang dalam menjayakan bersama projek ZAM yang kedua kalinya diadakan di TDA sempena menyambut Syawal yang mulia ini.
Nota samping:
Gambar-gambar sekitar ZAM akan menyusul kemudian, harap bersabar!
ZIARAH AIDILFITRI & MARHABAN MERIAH
Labels:
Aidil Fitri