Pages

RSS

ZIARAH DAN MARHABAN AIDILFITRI 2009

Assalamu'alikum, wr. wb.
Semua ahli ariah Taman Damansarah Aliff JB.

KEMBALI menemui Muslimin dan Muslimah warga Taman Damansara Aliff, Johor Bahru.
Alhamdulillah! kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadhan
yang baru berlalu. Mudah-mudahan segala amalan ibadah yang telah dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan diberkati oleh-NYA, InsyaAllah! Amin.

Bagi mengeratkan lagi perpaduan dan persaudaraan sesama kita dan untuk memeriahkan lagi sambutan Lebaran pada tahun ini, satu Program Ziarah dan Marhaban Aidilfitri melalui kunjungan dari rumah ke rumah sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta mendoakan kesejahteraan tuan-tuan rumah akan diadakan oleh pihak SMM bermula dari hari Sabtu, 10hb Oktober hingga Ahad, 18hb Otober 2009.

Bagi mereka yang berhajat untuk turut sama dalam program ziarah ini, sila rujuk kepada Wakil-wakil Zon yang telah ditetapkan sebagaimana tercatat di surat pekeliling yang kami edarkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 9hb Oktober 209. Kerjasama anda amat diharapkan bagi membolehkan pihak kami (SMM) menyelaraskan susunatur perjalanan program bagi memastikan kelancaran perlaksanaan program tersebut.

Mereka yang lewat memberikan kata putus untuk mengikuti program ini kepada wakil-wakil zon akan menyebabkan kesuntukan masa dan penolakan dari pihak SMM dari mengikuti program tersebut.

Kejayaan program ziarah ini bergantung kepada penyertaan penduduk setaman serta partisipasi ziarah/kunjungan tuan-tuan rumah yang turut serta menghidupkan amalan mulia ini sesama jiran.

Kami juga akan menyediakan tabung kutipan derma Surau Muhajirin Muhammad (SMM) semasa program ziarah ini dilaksanakan.

Semoga usaha kita ini akan diberkati dan mendapat keredhaan serta keberkatan di sisi Allah Azzawajallah, Insya_Allah.

Wassallam,


*Sila Rujuk Ketua Zon anda untuk memaklumkan penyertaan anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS