Pages

RSS

MAKLUMBALAS DAN SARANAN DIALU-ALUKAN

BAGI pihak AJK SMM, sedia menerima maklumbalas atau saranan dari setiap warga Taman Damansara Aliff dalam memperkemaskan perlaksanaan dan pentadbiran SMM.

Kami juga sentiasa mengalu-alukan kiriman artikel atau tulisan mengenai sesuatu pandangan yang difikirkan baik bagi tatapan dan bacaan umum untuk menjana kesejahteraan ummah dan Warga Damansara Aliff umumnya.

Ia amat diperlukan dan pihak AJK SMM cuba sedaya upaya untuk menerbitkannya di laman ini jika sekiranya pada pendapat pihak AJK SMM keseluruhannya, ia baik dan memang wajar di ketengahkan. Tetapi jika sebaliknya, kami juga berhak menolak apa juga bentuk tulisan dan saranan yang tidak menepati citarasa kami.

Ataupun ia merupakan artikel atau tulisan ciplak dari mana-mana media atau dari hasil tulisan orang lain tanpa ada kebenaran bertulis dari mereka yang empunya hak tersebut.

Kami akan selamanya cuba bekerjasama dengan berbagai pihak atau badan-badan Islam setempat malah dari kawasan terdekat kita Masjid dan Surau yang ingin berkerjasama dengan kita di SMM.

Semoga harapan kita untuk menjadikan SMM salah sebuah Surau terkemuka di daearah ini menjadi kenyataan kelak. Dan dari masa ke masa kita akan turut memantau kegiatan yang baik untuk kita ketengahkan di laman WARTASMM ini. Insya-Allah.

Sila kirimkan apa juga bahan dan tulisan anda ke alamat email : damansaraaliff@gmail.com
Bagi pihak AJK SMM keseluruhannya dan Pengelola bahagian Penerangan dan Penerbitan, terlebih dahulu kami menghulurkan ucapan salam dan keprihatinan kami terhadap apa juga saranan yang bakal kami terima kelak. Salam sejahtera untuk semua. Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS