Pages

RSS

Maulidur Rasul

7hb Mac 2009 ( 10 Rabiulawal 1430 H ) Sabtu
Majlis Maulidur Rasul
Surau Muhajirin Muhammad, Taman Damansara Aliff


Sebelum hari majlis, iaitu pada malam 6hb Mac 2009 Jumaat selepas Maghrib,
ramai penduduk Tmn Damansara Aliff hadir ke surau termasuk ahli
Muslimah dan AJK Surau untuk bergotong-royong menyediakan bahan-bahan masakan
untuk dihidangkan pada jamuan malam itu nanti. Peralatan dan barang-barang lain
yang dirasakan perlu juga turut dibawa dan disumbangkan oleh penduduk TDA.

Tujuan memasak beramai-ramai adalah bagi mengeratkan tali silaturrahim
sesama penduduk dan lebih mengenali jiran tetangga. Insyallah semoga usaha yang
dijalankan ini berhasil dan menuju ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan
diberkali Allah swt.


ACARA PAGI
8.00 – 8.45 pagi
  • Berkumpul di Tadika Elit Ceria
    (Kuih dan air kotak disediakan)

9.00 – 9.45 pagi

  • Perarakan kanak-kanak dan keluarga ke surau
    Diiringi oleh paluan kompang
10.00 – 10.30 pagi

  • Jamuan untuk kanak-kanak
    Beriyani ayam yang dihidangkan dalam dulang
10.30 – 11.00 pagi

  • Persembahan nasyid kanak-kanak
    Islamic Story Telling
    Bacaan Al-Quran dan Terjemahan
    Kuiz tentang Nabi Muhammad

11.00 pagi Bersurai

  • Cenderahati ’Goodies bag’ sumbangan Tadika Elit Ceria
    Diberikan kepada semua kanak-kanak

ACARA MALAM

6.30 -7.45 mlm

  • Tahlil Ringkas / Selawat Nabi / Solat Maghrib

7.45 – 8.30 mlm

  • Jamuan Malam – dihidangkan dalam dulang

8.30 – 9.00 mlm

  • Solat Isyak / Bacaan Al-Quran

9.00 – 11.00 mlm

  • Ceramah Agama oleh Ustaz Muhammad Fairuz Ali Akbar
    Jabatan Mufti Johor, MAIJ

11.00 mlm

  • Jamuan ringan & doa penutup

Laporan oleh:

  • Suhana Mohd Sanusi, AJK Surau @ Bendahari Muslimah
  • Aida Baharuddin, Penolong Bendahari Muslimah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS