Pages

RSS

28/03/09: Rasmada

28 Mac 2009 :
Majlis Yassin Hajat & Tahlil
Pn Rasmada Bt Anda


Sepertimana majlis yang sebelum ini, majlis yassin hajat & tahlil di rumah Pn Rasmada dan kakak beliau, Pn Fauziah juga berjalan dengan lancar bermula seawal 8 malam. Ramai ahli Muslimah hadir untuk sama-sama membaca Yassin tahlil serta doa selamat bagi memenuhi hajat tuan rumah.

Suasana dalam kediaman tuan rumah agak terang benderang walaupun seluruh Malaysia dan dunia sedang menyambut kempen ’Earth Hour’ dimana rakyat diseru supaya memandamkan lampu selama 1 jam. Tidak mengapa, majlis ini dikecualikan!!

Majlis diakhiri dengan jamuan yang amat menyelerakan termasuk kuih-muih dan pencuci mulut yang pelbagai jenis. Cenderahati juga turut diberikan oleh Pn Rasmada kepada para tetamu.

Beberapa AJK turut ’meminjam’ sekejap ruang tamu Pn Rasmada untuk mengadakan mesyuarat ’tergempar AJK’.

Satu majlis perkahwinan bakal diadakan tidak lama lagi di rumah Pn Fauziah iaitu bersebelahan rumah Pn Rasmada untuk anak beliau.

Laporan oleh: Suhana Sanusi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS