Pages

RSS

PELAN TAKAFUL KHAIRAT KELUARGA

Takaful Khairat Keluarga Taman Damansara Aliff telah ditutup & borang dihantar ke etiqa Takaful Berhad pada 28 Sep 2011. Seramai 121 Ahli selamat mencarum. Semoga urusan kematian dapat di uruskan dengan sempurna & mudah oleh komuniti Islam dan waris. InsyaAllah. : Info oleh AJK 28 Ogos 2011
--------------
Di atas permintaan ramai, tarikh tutup dilanjutkan ke 20 Sept 2011. Setakat ini sudah 70 menyertai pelan ini : Info oleh AJK 20 Ogos 2011
--------------

Pengendali Takaful Khairat Kematian: Etiqa Takaful Berhad

Ciri-Ciri Produk
Organisasi yang layak menyertai pelan ini termasuklah organisasi seperti Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Persatuan, Pertubuhan, Badan Kebajikan, Koperasi, Kelab Sukan, Qariah Masjid dan lain-lain.

Manfaat Takaful
Perlindungan dan manfaat Takaful bagi kematian diatas semua sebab adalah seperti berikut;

AHLI YANG DILINDUNGI UMUR MANFAAT KEMATIAN
Ahli atau pasangan, 18 – 65 tahun, RM1,000
Ahli atau pasangan, 66 – 77 tahun, RM500
Anak, Sehingga 3 kematian, RM500

Sumbangan Takaful
• Sumbangan tahunan adalah tetap iaitu RM15 bagi satu keluarga walaupun terdapat kurang dari 3 orang anak atau hanya satu penjaga (suami/isteri) sahaja.

• Bagi suami yang mempunyai lebih dari satu isteri maka setiap isteri dan anak-anaknya akan dikenakan tambahan sebanyak RM15, iaitu dikira sebagai satu unit keluarga.

• Pelan ini diperbaharui setiap tahun. Akad disempurnakan diantara Etiqa Takaful Berhad dengan organisasi (bukan individu). Ini bererti hanya organisasi akan melengkapi borang permohonan; bukan ahli peserta. Tiada kad atau sijil akan dikeluarkan kepada ahli peserta.

• Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai satu unit pelan ini.

• Etiqa Takaful tidak menyimpan rekod lengkap ahli. Pemegang sijil induk diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mempunyai senarai lengkap ahli- ahli yang dilindungi.

• Bayaran sumbangan kepada Etiqa Takaful oleh pemegang sijil induk hendaklah menyamai bilangan keluarga-keluarga yang dilindungi seperti tersenarai oleh pemegang sijil induk.

Kelayakan
• Umur kelayakan bagi dewasa ialah 18 tahun hingga 65 manakala kanak-kanak diantara 6 bulan hingga 17 tahun.
 Anak-anak yang berumur melebihi 17 tahun tetapi kurang 23 tahun layak dilindungi sekiranya mereka masih dibawah tanggungan ibubapa masing-masing.
 Anak-anak berumur 23 tahun keatas boleh menyertai mana-mana pelan yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful atau menyertai pelan ini sabagai satu unit berasingan.
• Anak angkat, ditakrifkan sebagai anak yang dibela sejak kelahiranya dan hendaklah disahkan oleh jawatan kuasa masjid mengenai statusnya.
• Anak tiri, anak kepada seorang duda/janda yang dikahwini semasa tempoh sijil berkuasa layak dilindungi

• Anak yang cacat, berumur di antara 6 bulan hingga 23 tahun, dan apabila berumur 23 tahun keatas hendaklah menyertai pelan ini sebagai satu unit yang berasingan dengan manfaat Takaful sebagai ketua keluarga.
• Perkahwinan, ahli yang berkahwin selepas menyertai pelan ini dimana sijil masih dalam tempoh kuatkuasa maka suami/isteri berkenaan serta tanggungannya (jika ada) layak dimasukkan sebagai keluarga asas.

Pengecualian
• Penceraian, bekas isteri atau suami kepada ahli, hilang kelayakan sebagai sebahagian keluarga asas, dan tidak dilindungi didalam pelan ini.

Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)
• Keuntungan dari Pelan Khairat Kematian sekiranya ada akan dibahagikan berdasarkan konsep Al-Mudharabah di antara peserta dan pengendali takaful.

Pentadbiran
• Pelan ini boleh ditawarkan kepada semua organisasi yang memerlukan satu skim pembiayaan untuk ahli atau keluarga dalam satu Skim Khairat Kematian. Ini bermakna Etiqa Takaful Berhad akan menguruskan Skim Khairat Kematian dengan menerima RM15 sumbangan setahun bagi setiap ahli atau keluarga.

• Organisasi akan menentukan keluarga-keluarga yang layak dilindungi. Jumlah sumbangan ialah RM15 (darab) dengan bilangan ahli keluarga yang ditentukan. Bayaran dibuat terus ke Etiqa Takaful Berhad

• Ahli yang ingin menyertai selepas pelan ini berkuatkuasa tidak boleh dilindungi. Mereka hanya akan dimasukkan pada perlindungan sijil akan datang (iaitu satu tahun dari tarikh pelan itu dimulakan/diasaskan)

• Semua tuntutan mestilah dibuat oleh jawatankuasa organisasi bagi pihak ahli selepas disahkan betul dan benar. Etiqa Takaful akan terus membuat bayaran manfaat (RM1,000 atau RM500) melalui bayaran cek setelah merujuk kepada organisasi.

• Etiqa Takaful Berhad perlu menerima dokumen-dokumen sijil kematian, borang tuntutan yang lengkap, surat pengesahan tentang keahlian peserta dan juga pengesahan kematian peserta berlaku dalam tempoh (7) hari selepas tuntutan dibuat.

• Tujuan sistem pengurusan yang diringkaskan ini ialah untuk membolehkan bayaran tuntutan dapat dibuat dengan secepat mungkin.

• Etiqa Takaful Berhad akan menjalankan pemeriksaan secara rambang dari masa ke semasa keatas perkara-perkara berikut;



 Kesahihan keahlian bertepatan dengan sumbangan yang diterima,
 Proses tuntutan kematian dan
 Umur peserta semasa penyertaan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS