Salam untuk semua,
Buat pertamakalinya pihak AJK-SMM akan mengadakan
Solat Hariraya Aidiladha, tahun 1430 Hijriah, bertempat di
Surau Muhajirin Muhammad -SMM.
Solat akan dimulakan pada Jam 8.30 pagi.
Sekelian Muslimin dan Muslimah dipersilakan turut sama
melakukan Solat Aidiladha tersebut.
Selepas Solat kami akan mengadakan majlis Ibadah Qurban bertempat
di lelapang Surau Muhajirin Muhammad.
Kepada warga muslimin dan muslimah TDA, yang turut serta dalam
menunaikan ibadah Qurban ini, mereka dipersilakan berada di lelapang SMM
pada masa tersebut.
Butiran selanjutnya akan diberitahu dalam sedikit masa lagi.
Sekian kami dahului dengan ucapan ribuan terimakasih dan wassalam.
Yang Menjalankan Tugas
Bp. AJK-SMM
SOLAT AIDIL ADHA DI SMM
Labels:
Qorban





