SALAM MUHIBAH DAN SALAM SEJAHTERA SETAMAN,
Daripada Pengerusi dan seluruh AJK-SMM Taman Damansara Aliff
kepada warga Muslimin/Muslimah dan semua kaum yang turut hadir menjayakan
Ziarah Aidilfiri & Marhaban dan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran AJK - SMM.
Assalammu'alikum dan salam sejahtera kepada sekelian Warga Taman Damansara Aliff, Muslimin dan Muslimah serta semua kaum yang telah turut memeriahkan majlis 1) Ziarah Aidilfitri & Marhaban dari Sabtu, 10 Oktober hingga Sabtu, 17 Oktober 2009. (ZAM) dan 2) Kepada seluruh penduduk dari berbagai kaum dan juga Muslimin Muslimah yang turut menjayakan majlis "Rumah Terbuka"(RTA) sempena Hari Raya Aidlfitri pada Ahad, 18 Oktober 2009 yang baru berlalu.
Saya dan juga seluruh anggota Jawatan Kuasa Pengurusan dan Pentadbir Surau Muhajirin Muhammad, (SMM), Taman Damansara Aliff, Johor Bahru, dengan ini menyampaikan rasa bersyukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap indibidu yang terlibat, sama ada langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan kedua-dua majlis yang pihak kami anjurkan - ZAM dan RTA , yang baru sahaja berlalu itu.
Projek ZAM itu adalah kali kedua pihak kami mengadakannya, ia kini amat menampakkan kemeriahannya dan bertambah pula bilangan peserta yang turut menjayakannya. Kira-kira sekitar 60 buah rumah lebih sedikit telah turut dalam projek ZAM yang keduakalinya kita adakan ini.
Ia merupakan suatu perkembangan yang sungguh menggalakkan dan insya-Allah, kita mengharapkan pula agar di tahun-tahun mendatang kelak, bilangannya akan bertambah.
Kami bagi pihak AJK - SMM amat bersyukur kerana ia berjalan begitu lancar dan benar-benar dapat menjiwai suasana Aidilfitri yang menyatukan seluruh ummah dan mempererat silaturrahim sesama kita di majlis tersebut.
Pihak AJK - SMM juga amat berterima kasih kepada sekelian penduduk dari berbagai kaum yang telah turut serta dalam projek RTA yang pertamakalinya kami anjurkan itu. Biarpun bilangan warga dari kaum India dan Cina di TDA yang menghadiri majlis RTA itu masih kecil
bilangannya, tetapi ia sebanyak sedikit telah dapat memberikan gambaran yang baik bagi perpaduan kita sesama warga TDA sebagaimana yang kami harapkan.
Selain itu, sebagai penganjur kedua-dua projek tersebut, kami ingin menghulur salam kesejahteraan ke atas semua kaum warga TDA terutama Muslimin dan Muslimah dan dengan ini juga memohon ampun dan maaf jika sekiranya di dalam kita menjalankan tugas tersebut kemungkinan terdapat berbagai perkara yang kurang menyenangkan, terlepas tuturkata, gurauan dan apa jugalah khilaf dan salah yang disedari atau tidak, telah dilakukan oleh pihak kami, haraplah semua itu dapat dimaafkan. Maklumlah bila ramai orang banyak ragam dan kerenahnya.
Namun ia seharusnyalah dilihat sebagai satu iktibar yang boleh kita renungkan dan perbaiki bersama di masa-masa mendatang kelak.
Akhir kata, wassalammua'alaikum wr. wb. dan salam sejahtera, salam setaman, dari pihak kami
AJK -SMM Taman Damansara Aliff. Sampai bersua kembali di lain masa, insya-Allah. Sekian dan Terima Kasih.
Bp: Pengerusi dan seluruh AJK - SMM
Taman Damansara Aliff, Johor bahru.
SALAM UKHRAWI dan UCAPAN TERIMAKASIH
Labels:
Aidil Fitri





