Surau Muhajirin Muhammad, Taman Damansara Aliff berbesar hati menganjurkan Program Semarak Ramadhan 1432H. Semoga kita dapat beramal & beribadah dengan khusyuk di bulan ini.
Program Harian:
• 6.30 am - 7.30 am : Kuliah Subuh
• 8.45 pm - 9.45 pm : Terawikh
• 9.15 pm - 9.30 pm : Tazkirah
• 9.45 pm - 10.30 pm: Taddarus Al-Quran
Nota
1. Solat terawikh 8 rakaat diselangi tazkirah & witir 3 rakaat
2. Sebarang sumbangan & penajaan untuk majlis tazkirah / sumbangan tuan Imam / tabung surau / Dana pembinaan sekolah Ugama Ibnu Nafis Kulai amatlah di alu-alukan
3. Iftar di Surau setiap hari (Juadah bawa sendiri)
4. InsyaAllah kutipan zakat oleh Imam Hassan (waktu akan dimaklumkan semasa solat terawikh)
“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
1. Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
2. Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
3. Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
4. Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
5. Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)
Program Semarak Ramadhan 1432H
Labels:
Ramadhan