Pages

RSS

SEMPENA AIDILADHA...

QURBAN PERTAMA DI SMM


Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha ini, buat kali pertamanya
Surau Muhajirin Muhammad, Taman Damansara Aliff, turut
meraikannya dengan begitu meriah dan ceria!

Betapa tidaknya, inilah juga julong-julong kalinya setiap warga
Muslimin dan Muslimah TDA, berkumpul menunaikan
solat sunat menyambut Aidiladha di Surau Muhajirin Muhammad,
yang menjadi kebanggaan warga TDA.

Ia diikuti pula dengan penyembelehan dua ekor Lembu, Si Hitam
dan Si Putih dari hasil sumbangan Qurban dari Jemaah yang menyempurnakan
Ibadah Qurban bagi diri mereka dan keluarga, sebagai menyahut seruan Illahi
sempena sejarah pengorbanan yang dilakukan kedua orang ayah dan anak,
iaitu Nabi Allah Ibrahim Alaihi Salam dan Nabi Ismail, sebagaimana yang
diperintahkan Allah SWT kepada mereka dan telah dilaksanakan mereka
berdua dengan patuh dan taat.

Mengambil iktibar tersebut, seluruh ummat Islam di dunia telah
melaksanakan ibadah Qurban yang banyak memberi keberkatan kepada setiap
dari mereka yang patuh kepada perintah Allah dan melaksanakannya
tanpa ragu dan curiga tetapi penuh insaf akan kebesaranNYA.

Dengan melaksanakan ibadah ini juga kita mendapat pengajaran agar lebih
peka kepada sesama ummat yang daif dan susah untuk menerima
sebahagian dari daging Qurban tersebut yang diagih-agihkan dari hasil
penyembelehan beribu-ribu ekor Lembu dan Kambing dari
setiap pelosok dunia Islam khusus untuk mereka yang seharusnya menerima
bahagian mereka.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar,
Walillah hilhamd!
Selamat Aidiladha untuk semua masyarakat Islam
terutamanya warga Muslimin dan Muslimah Taman Damansara Aliff.

Semoga Allah memberkati usaha kita itu. AMIN!!!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS