28hb Februari 2009
Perjumpaan Muslimah Dan Majlis Yassin serta Tahlil
Puan Hajah Ramlah Mean & Hj A. Halim Wahid
Ramai Ahli Muslimah yang hadir, hasil daripada jemputan secara sms, surat jemputan dan ’verbal invitation’. Disamping majlis yassin, perjumpaan Muslimah juga telah dibuat pada malam tersebut bagi menerangkan secara terperinci mengenai Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 7hb Mac 2009. AJK Muslimah turut mengalu-alukan sumbangan ikhlas bagi menampung perbelanjaan Majlis Maulidur Rasul tersebut. Tabung bergerak telah diedarkan selepas Majlis Yassin.
Bendahari Muslimah juga mula memungut Yuran Ahli untuk tahun 2009 iaitu RM100 setahun yang boleh dibayar secara sekali, 2 kali, 4 kali atau setiap bulan. Pembentangan secara ringkas mengenai Kelas Tajwid, Kelas Fardu Ain, Belanjawan 2009, Kutipan Dana, Tudung Muslimah dan Fail Ahli turut disampaikan oleh AJK Muslimah kepada ahli yang hadir pada majlis perjumpaan itu.
Laporan oleh : Suhana Mohd Sanusi, Bendahari Muslimah/AJK Surau
28/2/09: Hjh Ramlah Mean & Hj A. Halim Wahid
Labels:
Yassin Hajat