Pages

RSS

July 08 - Ruhana

Agenda
8.00 pm Kedatangan Muslimah
8.10 pm Majlis Yassin Arwah beramai-ramai
9.10 pm Jamuan Ringan
9.15 pm Perbincangan Aktiviti Muslimah


Nota

  • Takziah untuk Puan Ruhana sekeluarga di atas pemergian Ayah Mentua pada 19 Jun 2008.
  • Yassin Hajat kali ini akan khas untuk arwah. Kita akan belajar membaca Yassin Arwah lelaki
  • Jika ada kesempatan, bawalah sepinggan kuih untuk dikongsi bersama. InsyaAllah.
  • Untuk pertanyaan, hubungi Ketua Lorong anda
------------------------------------------------------------------
Nota Minit Perjumpaan Suaikenal Kali - 5

Assalamualaikum semua.
Perjumpaan muslimah untuk bacaan yassin dan tahlil kali kelima ni diadakan di rumah kak rohana. Means that within 5 months, this is the 2nd time kita buat perjumpaan di rumah kak rohana. Ramai juga muslimah yang datang pada kali ini. Lebih 30 orang rasanya. Kita juga mendapat 6 orang ahli baru yang menyertai perjumpaan ke-5 ni. Apa2 pun, didoakan agar semua hajat dan permintaan kak rohana sekeluarga dimakbulkan Allah swt, insya Allah....


Semasa muslimah menjamu selera, sedikit perbincangan tak rasmi telah diadakan. Ia adalah berkenaan majlis bacaan yassin dan solat hajat yang akan diadakan pada 9 Ogos ini, disamping ceramah isra' mikraj yang dianjurkan oleh jemaah surau (lelaki). Maknanya majlis 2 dalam 1 lah ni. Perbincangan adalah berkisar kepada penyertaan anak-anak yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini dan persiapan jamuan. Alhamdulillah, ada beberapa muslimah yang volunteer untuk masak dan sponsor air mineral. Perjumpaan berakhir lebih kurang jam 10.15 malam.


laporan oleh: Hayati, Setiausaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS