Pages

RSS

AGM Muslimah 2009









MINIT MESYUARAT
PERJUMPAAN TAHUNAN KUMPULAN MUSLIMAH TAMAN DAMANSARA ALIFF


Tarikh : SABTU, 31 JANUARI 2009
Masa : 4.00 PETANG
Tempat : SURAU MUHAJIRIN MUHAMMAD, TMN DAMANSARA ALIFF, JB


KEHADIRAN
Kamariah bte Abu Bakar - Pengerusi
Hayati bte Hj Tobiaany - Setiausaha
Ruhana Ismail - Penolong Setiausaha
Azdina Baharudin (Aida) - Bendahari
Linda A Kadir - Penolong Bendahari
Ahli-ahli Baru & Lama Kumpulan Muslimah


PERUTUSAN PENGERUSI & AJK 2008

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Muslimah Lama dan Baru serta ucapan terima kasih kerana kehadiran demi perbincangan aktiviti sepanjang tahun, berita-berita terkini, pembubaran AJK 2008 dan pelantikan AJK 2009.

Pn Aida, Bendahari Kewangan membentangkan data kewangan Muslimah untuk tahun berakhir 30 Disember 2008.

Pn Hayati, Setiausaha membentangkan aktiviti Yassin Hajat dan Aktiviti Khas sepanjang 2008.

Seterusnya, Puan Pengerusi menyerahkan kepada Pengerusi sementara, Puan Linda bagi meneruskan agenda seterusnya.

CADANGAN BERBANGKIT DAN BARU DARI AHLI & AJK 2008:

Yassin Berkumpulan (bulanan)

  • Jika tiada jemputan Yassin Hajat pada bulan tersebut, Yassin percuma akan diadakan di rumah-rumah ahli yang terpilih. Yassin percuma bermakna bayaran Ikhlas untuk Ustazah (RM50) & makanan ringan ditanggung oleh Tabung Muslimah. Ini bagi memastikan Yassin Hajat diadakan secara berterusan oleh Muslimah.

  • Setiap hari Khamis malam akan diadakan Yassin bersama Kumpulan lelaki di Surau; digalakkan muslimah mengikut serta dan meramaikan.

Yuran Bulanan

  • Akan dibincangkan di perjumpaan akan datang dan diputuskan oleh AJK 2009.
Cenderahati Ahli
  • Mesyuarat bersetuju bahawa Tudung ahli dan Fail Peribadi akan dibekalkan kepada ahli. Contoh dan pemilihan warna akan dibincangkan di mesyuarat akan datang oleh AJK 2009.
Komunikasi. Mesyuarat bersetuju
  • AJK 2009 akan sms informasi terkini kepada semua ahli dan kos boleh dituntut melalui Tabung Muslimah.
  • Alamat website ditukarkan dari www.damansaraaliff.bravehost.com kepada www.damansaraaliff.com. Kos bagi bil laman web akan dituntut sebanyak US$9.00/RM35 setahun dari Tabung Kumpulan.

Aktiviti Keugamaan 2009

  • Kelas Fardhu Ain & Mengaji akan diadakan bertempat di surau. Ustazah pilihan & masanya akan diberitahu setelah perbincangan AJK 2009.
Speaker
  • Speaker (model yang digunakan oleh Ustazah Radziah) akan ditaja oleh Puan Rozita untuk kegunaan semasa Muslimah.
Cenderahati untuk AJK tahun 2008.
  • Akan dibincangkan dan diputuskan oleh AJK 2009
CADANGAN & USUL BARU DARI AHLI AJK SURAU MUHAJIRIN 2009

  1. Pemasangan tirai (blind) dan cabinet untuk meletak alatan-alatan sembahyang bagi kegunaan jemaah wanita ditaja oleh Puan Azrizah dan jemaah lain.

  2. Pemasangan sinki untuk membasuh peralatan bagi kegunaan pihak Surau ditaja oleh Puan Zaiton bte Kamal dan Puan Mariam.

  3. Tungku dapur dan pelbagai peralatan dan keperluan bagi jamuan untuk kegunaan surau ditaja oleh Puan Kamariah dan dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk penyumbangan. Muslimah yang berminat untuk menderma hendaklah berhubung dengan AJK Muslimah Surau.

Majlis telah diakhiri dengan Perlantikan AJK Kumpulan Muslimah 2009 dan AJK Pengurusan Surau & Badan Kebajikan Penduduk Islam Damansara Aliff.

AJK KUMPULAN MUSLIMAH D.A.:
  • Pengerusi, Hjh Ramlah Hj Mean
  • Penolong Pengerusi, Kamariah Abu Bakar
  • Setiausaha, Juliana Bt Abu Bakar
  • Penolong Setiausaha, Zaliza Abdullah
  • Bendahari, Suhana Mohd Sanusi
  • Penolong Bendahari, Azdina Baharudin (Aida)

AJK PENGURUSAN SURAU & BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK ISLAM D.A:

  • Biro Kebajikan & Kebudayaan, Hayati Hj Tobiaany
  • Biro Kebersihan & Keceriaan, Ruhana Ismail
  • Biro Hal Ehwal Wanita, Kamariah Abu Bakar *
  • Biro Penerangan & Penerbitan, Linda A Kadir *
  • Pemeriksa Kira-Kira (2), Suhana Mohd Sanusi *
* Telah dilantik semasa Mesyuarat AJK Pengurusan Surau yang dipengerusikan oleh Jemaah Lelaki pada 17 Jan 2009.




Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 6.45 petang.

Disediakan oleh: Zaliza Abdullah, Penolong Setiausaha
Disemak oleh: Juliana Bt Abu Bakar
Disahkan oleh: Hjh Ramlah Hj Mean


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

24/1/09: Suhana & Raja Zamri



24 Januari 2009 :
Majlis Yassin Arwah & Kesyukuran
Puan Suhana Mohd Sanusi & Encik Raja Zamri

Majlis Yassin diadakan kerana Tahlil Arwah Allahyarhamah Ibu, Salamah Masiman 54 (2000) dan Allahyarham Abang Zulkefli Mohd Sanusi, 46, (2008). Majlis juga diadakan atas kesyukuran kejayaan anak sulung, Raja Liyana dalam PMR 2008 (8A) dimana guru Sainsnya ialah Pn Hayati Tobiaany (AJK Muslimah).

Majlis berjalan lancar. Ramai Muslimah hadir walaupun akan bercuti panjang Tahun Baru Cina. Semangat kejiranan jelas sekali di antara jiran iaitu terutama ’Jiran No 16’ yang sanggup tunggu sampai majlis tamat sebelum bertolak lewat malam untuk pulang bercuti ke kampung.

Banyak makanan yang lazat dihidangkan ditambah pula ’pot luck’ dari Muslimah. Makanan yang berlebihan, dapat di ’tapau’ kembali kepada ahli Muslimah. Terima kasih di atas cenderahati ikhlas tuan rumah yang 'cute'. Semoga Allah murahkan rezeki & berkati tuan rumah serta nenek Suhana (berumur 95 tahun).

InsyaAllah.



Laporan oleh : Azdina Baharudin, Penolong Bendahari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

17/1/09: Hayati

17 Januari 2009 :
Majlis Yassin Hajat & Tahlil
Puan Hayati Hj Tobiaany

Majlis bersempena ulangtahun perkahwinan ke-5, Pn Hayati (AJK Surau). Tak lama lagi tuan rumah akan menyambut kedatangan orang baru pula. Yati sedang mengandung anak ke –tiga & InsyaAllah akan bersalin pada bulan April.

Kita doakan moga Allah berkati Yati sekeluarga dan dipermudahkan melahirkan bayi nanti. InsyaAllah

Lapuran oleh: Linda A Kadir, AJK Surau

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS